Gempar! Pelakon Popular Kantoi Terlibat Dalam Pembikinan Filem LuC@h Dan Video Tersebar! MAsha Allah! Memalukan Artis MAcam Ni

http://beritabarupremium.blogspot.com/2016/06/gempar-pelakon-popular-kantoi-terlibat.html

Dari kiri, pelakon Pintu Harmonika, Fauzan Nasrul, Luna Maya dan Ketua Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
TIDAK hirau pandangan orang lain terhadapnya adalah kunci kekuatan aktres Luna Maya tatkala dirinya dilanda kontroversi sebelum ini.
Selain itu, pelakon yang kini bergelar pengarah dan sekali gus penerbit berkata, cara lain untuk memastikan dia tidak terjebak dengan masalah adalah mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan media.
Ternyata apa yang dilakukan oleh Luna Maya itu berjaya membuat pihak media 'berhenti' menerjahnya dengan soalan berkaitan Ariel yang merupakan kekasihnya sebelum video aksi lucah mereka didedahkan kepada orang ramai.
"Sejak dulu saya lebih senang mengambil pendekatan mendiamkan diri kalau ditanya soal itu (video seks). Saya sudah malas menjawab, kerana setiap jawapan saya mesti diputar belit.
"Ada ketikanya saya tidak pernah diwawancara tetapi ada cerita tentang saya. Contohnya, bila saya berambut pendek. Dikatakan saya tertekan, sedangkan saya ingin mengubah penampilan.
"Lantaran itu, saya malas untuk menjawab soalan media," katanya bercerita sewaktu hadir sidang akhbar memperkenalkan filem Pintu Harmonika di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Meskipun Luna sedikit keberatan untuk menjawab soalan berkaitan Ariel, namun dia tetap menjawab seadanya dengan memberitahu hubungan mereka sekadar teman perniagaan sahaja buat masa ini.
Memandangkan kes itu sudah pun selesai, kini Luna selesa menjalani kehidupan seperti orang lain.
Malah katanya, setiap kali ada kelapangan, dia gemar menghabiskan masa di pusat membeli-belah atau menonton wayang.
"Sekarang ini saya lebih senang bergerak sebagai pengarah kerana ini adalah satu bidang yang baharu, sudah tentu saya teruja," katanya yang pertama kali mengarah filem Pintu Harmonika bersama Ilya Sigma dan Sigi Wimala.
Menurut Luna, pada awalnya, projek yang dimulakan pada 2011 itu turut membabitkan pelakon Dian Sastrowordoyo dan Serina.
Namun, kedua-dua mereka tidak dapat menyertai kerana kekangan waktu.
Kata Luna, Pintu Harmonika berlatarkan kehidupan penghuni rumah kedai di sebuah kawasan yang memberi tumpuan pada tiga buah keluarga berbeza.
"Ini boleh dikatakan kisah benar sebab sebelum penggambaran, kami ada bertanya dengan tetangga di kawasan itu. Agak sukar juga melakukan penggambaran di kawasan yang sempit itu.
"Malah filem ini juga lewat keluar berbanding jadual yang ditetapkan. Saya tidak kisah kerana mahu pastikan produk ini benar-benar berkualiti daripada menyesal di kemudian hari," katanya yang mula mengarah filem pendek Suci and the City pada tahun 2008.
Jelas Luna, Pintu Harmonika banyak menggunakan wajah baru kerana mahukan penampilan yang segar agar jalan ceritanya serasi selain mengekalkan pelakon berpengalaman seperti Barry Prima.
Filem yang menelan belanja sekitar RM1 juta itu telah ditayangkan serentak pada 23 Mei lalu di pawagam Indonesia dan Astro First.
Dia yang ingin mengikuti kursus perfileman di Akademi Perfileman New York bagi meneruskan kelangsungan dalam bidang pengarahan berkata, jika ada kesempatan di masa akan datang dia tidak ragu-ragu untuk bekerjasama lagi dengan pihak Astro.
"Ini kerjasama pertama saya dengan pihak Astro. Saya harap ini akan berterusan. Saya juga tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran berlakon di Malaysia, jika ada.
"Namun setakat ini saya hanya berkesempatan melihat lakonan Aaron Aziz di dalam YouTube sahaja, lakonannya bagus," katanya terus terang.
Menyentuh mengenai bidang nyanyian, Luna berkata, dia sudah menghasilkan empat single, antaranya Suara (Ku Berharap), Tak Bisa Bersama Mu dan Sudah Biasa serta bakal muncul dengan sebuah lagi single.
Katanya, buat masa ini dia berpuas hati dengan apa yang dilakukan dalam bidang seni suara kerana berjaya menghasilkan beberapa buah lagu.
"Kesibukan menghalang saya untuk menghasilkan album. Setakat ini saya gembira kerana pelakon seperti saya berpeluang merakam lagu.
"Mungkin di masa akan datang, jika ada kesempatan baharulah saya buat album," katanya.
Kesibukan juga menghalangnya untuk menjalin cinta baharu selepas putus dengan Ariel yang kini berstatus sebagai rakan perniagaannya sahaja.
Kata Maya, dia sudah malas untuk memikirkan soal cinta dan hanya berserah kepada takdir untuk menentukan pasangan hidupnya.
"Saya tidak mahu membuat sebarang komen tentang hubungan dengan lelaki kerana itu akan membuatkan ceritanya menjadi lebih besar.
"Sedangkan apa yang ditulis tidak benar. Biarlah saya bersendirian ketika ini kerana banyak kerja yang perlu saya lakukan.
"Setakat ini saya tidak meletakkan sebarang sasaran perlu bernikah pada umur berapa. Biarlah keadaan yang menentukan kerana saya tidak mahu fikirkan perkara yang belum terjadi," katanya terus terang.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130529/hi_04/Luna-Maya-tidak-peduli#ixzz4Ao772VU0
© Utusan Melayu (M) Bhd
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA
