Kantoi! Hubungan Sebenar Indah Ruhaila Dengan Anak Ini Dibongkarkan! Rupanya Dalam Diam Indah Merahsiakan Isu Peribadinya! Tahiah Indah!

http://beritabarupremium.blogspot.com/2016/06/kantoi-hubungan-sebenar-indah-ruhaila.html
Murni sungguh hati penyanyi, Indah Ruhaila apabila baru-baru ini beliau telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang sesat di sebuah pusat beli-belah. Walaupun dipuji orang ramai, Indah menganggap ianya adalah sebagai satu tanggungjawab sosial dan sesiapa yang berada ditempatnya akan melakukan perkara sama.
“Saya bersama keluarga pergi membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO) Sabtu lalu, ketika itu saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki lingkungan usia dua tahun berlari-lari seorang diri tanpa pengawasan. Saya tidak sedap hati dan mengekori kanak-kanak itu sehingga dia tidak tahu hendak ke mana dan seperti mencari seseorang”
“Saya mendekati kanak-kanak itu dan bertanya tentang ibu dan bapa dia, tetapi dia kelihatan ketakutan dan mencari-cari ibunya. Dan selepas itu saya minta untuk buat pengumuman tentang kehilangan kanak-kanak, namun pihak polis tidak membenarkan saya berbuat demikian kerana tidak mahu ada pihak tidak berkaitan datang menuntutnya”
“Jadi saya terpaksalah menunggu sehingga ibu-bapanya datang ke balai. Walaupun pihak polis memberi jaminan untuk menyerahkan budak itu dengan selamat, namun saya tetap tidak sedap hati kerana kasihan melihat kanak-kanak itu dalam ketakutan,” jelasnya kepada m Star Onlinemenceritakan bagaimana kejadian itu berlaku.
Bagaimanapun Indah akui merasa sebak apabila melihat ibu kanak-kanak lelaki itu menangis kerana menyangka beliau tidak akan bertemu dengan anak lelakinya lagi. Kejadian itu turut dirakam melalui sekeping gambar Indah membantu kanak-kanak itu yang dimuat naik oleh peminat di laman Instagram dan tindakannya itu dipuji oleh orang ramai. (rkty/w)
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA
