Tips Menarik!

loading...

Siap Naik Helikopter! – Dikecam Dakwa Hidup Susah Awal Perkahwinan, Berikut Penjelasan Sebenar

Siapa yang selalu blogging terutamanya zaman awal 2000 dulu mesti kenal Yuyu Zulaikha. Wanita kecil molek ini merupakan blogger yang agak popular dan mempunyai ramai pengikutnya yang tersendiri. Semalam kami ada siarkan artikel mengenai status yang dimuatnaik oleh Yuyu tentang kesusahan yang dialaminya waktu mula-mula melangkah ke alam perkahwinan. Antara point yang disebutkan, Yuyu dan suami pernah tidur diatas toto pemberian ibu mertua dan tetamu terpaksa duduk bersila jika bertandang kerana rumah mereka tiada sofa.

Tidur Atas Toto, Kisah Lama…

Walaupun status tersebut dikongsi untuk tujuan pengajaran, namun Yuyu dikecam ramai netizen yang mengenali dirinya sebagai blogger popular. Apatah lagi dengan gambar perkahwinan mewah dan pakaian-pakaian mahal yang sering digayakan oleh Yuyu terpapar di akaun laman sosialnya, sampai ada yang mengatakan wanita ini susah di awal perkahwinannya kerana telah berhabis untuk buat wedding grand dan beli barang mewah!
Terpanggil untuk menjelaskan situasi ini, Yuyu memuat naik status baru untuk menjernihkan keadaan sebelum makin parah dan mengelakkan spekulasi negatif netizen tentang perihal gaya hidupnya yang dianggap ‘mewah’. Apa katanya?Assalamualaikum. sebelum terjadi fitnah lebih meluas (yuyu tak salahkan hampa kalau hampa taktau ya), lebih baik yuyu jelaskan apa yang tak okay sangat tu.
seperti yang yuyu cakap, pasal status "pernah tidoq 4bulan atas toto" tu, itu adalah sesuatu peristiwa yang LEPAS. yang sudahpun berlaku, yuyu pernah tidur di toto, tapi sudah tidur di katil beserta tilam sekarang. itu adalah perkara yang telah lama berlaku. bukan sedang berlaku. jelas?
pasai perkahwinan yuyu, yes, ramai orang anggap grand gila babeng. yuyu tak minta, malah yuyu bersyukur dengan apa yang yuyu dapat untuk majlis perkahwinan yuyu. yes, yuyu bersanding siap ada helikopter, cincin mewah, macam-macam mewah la, sebab, yuyu adalah BLOGGER, dan yuyu di SPONSOR oleh :

Cincin nikah yuyu dan suami : POH KONG JEWELLERS
Videographer & photographer (termasuk pre-wedding hingga post-wedding) : The Puteh Production
Wedding Shoes (5pasang) : ChristyNg.com
Baju Kahwin lengkap: Leana Samlan sekarang dia buka Nailah Iman
Makeup : Love Bunga Querida
Hantaran Telekung: Nailah Iman
Set Hantaran : Flair Design & Events
Goodies Bag 1,800pcs : Efkay creation la ni dia buka Amkay Beaute
Hand Bouquet : Pastelicious Hand Bouquet
Kompang : Kumpulan Kompang apa entah kat Langkawi. takdak FB
Kek Kawen : Makcik
dan, berkaitan dengan yang lainnya pasal kenduri
bersanding naik helikopter : mak yuyu bayar sikit ja duit, selainnya di bayar oleh pihak lain (sedara mara), atas sebab rumah yuyu tepi padang bola, jadi, depa buat idea gitu.
kenduri kahwin : buat secara gotong-rotong bersama orang kampung guna duit hantaran suami bagi sikit.

maksudnya, yuyu lebih kepada keluarkan duit untuk makan sikit-sikit, dan benda-benda lain la.
kenduri sebelah suami pula, untuk mengelakkan keluar duit lagi banyak, kami suami isteri bersanding guna baju nikah kami. yuyu make up sendiri. dan gambar wedding kami di sebelah suami di sponsor oleh : The Zahara Official
Bila mengandung, buat antenatal check up disponsor oleh : Poliklinik UKM
Materinity Photoshoot : Nabil Nadir sponsorkan sebab dia BFF yuyu
time Aqiqah Habib masuk sampai TV sebab semua tu di sponsor oleh Astro
hmm. apa lagi ha? minta maaf ya kalau tertinggai. hampa tanya ja elok-elok. insyaAllah yuyu jawab elok-elok juga. tak payah la kutuk ranap. haha >.<

pasai apa yuyu disponsor, sebab yuyu adalah BLOGGER. kiranya, macam win-win situation la. ia menjadi kebiasaan bagi para company untuk sponsor blogger. depa sponsor bentuk perkhidamatan/barang ya, bukan duit. dan bila yuyu tulis di entry, yuyu memang takkan bagitau yuyu disponsor, yuyu hanya bagitau, ini dari mana, itu dari mana saja. kang bagitau disponsor, hampa kata riak pulak. hehe :p

sebab tu lepas kawen, kami sama-sama survive dengan duit apa yang kami ada.
yuyu tak bagitau pun yang yuyu adalah pasangan yang paling susah. tak langsung ya. yuyu cuma bagitau, hidup susah lepas kawen tu, normal lah bagi pasangan baru. memang ada yang lagi susah. tapi, ni sekadar contoh. hampa ni punn -_-

awal perkahwinan yuyu agak susah la (yuyu tak compare dengan orang lain, yuyu bercakap mengenai kehidupan kami sahaja), memandangkan bertukarnya blog manager yuyu, jadi, income blogging yuyu pun tergendala. suami pula cari kerja baru. baru start kerja baru.
soalan, mana pi duit blogging yang beriban dapat sebelum kawen (ish, hampa ni kepochi la, sampai benda ni pun hampa selidik -_- ), duit tu yuyu guna sepanjang study, yuyu berdikari time study, yuyu paksa diri untuk tak minta mak, apa nak jadi, jadi lah, hang cari la duit blogging sendiri. dan, selebihnya, yuyu bagi pada family yuyu. \
hmm. apa lagi ha?

oo. masa yuyu susah sebab income blogging yuyu tergendala, suami baru cari kerja baru, lepas tu yuyu aktif instagram pulak. masa mengandungkan Habib (5bulan rasanya), yuyu buat idea untuk IGReview. start tu sikit-dem-sikit, yuyu kumpul duit. start dari situ yuyu makin senang. Alhamdulillah. banyak company besar yang mula gunakan yuyu untuk review pasal dorang. sampai lah sekarang..

sekarang, yuyu syukur sangat, (seperti yang yuyu bagitau di status yuyu hari tu kann), banyak benda dah berubah. sikit-sikit Allah bagi kami rasa senang, yuyu syukur sangat dengan kehidupan yuyu dulu, sebab kami pernah usaha untuk sama-sama susah, sama-sama senang, kami ingat setiap moment bersama (giccewww).

cuma, yuyu takdak lah share apa yang kami rasa susah, time susah dulu. biaq kami ja tau. bila sekarang, sebab nak kongsi, sebagai perkongsian ja, yuyu cerita sikit la pasal tidoq atas toto tu, takdak sofa, itu ja, padahai, banyak lagi benda yang yuyu tak share. kalau tengok di IG hatta FB yuyu pun, yuyu takkan pernah cerita
hmm. apa lagi ha..

pasal IPhone, yuyu dapat bulan 11 tahun lepas, baru ja lagi, yes, walaupun time tu Allah dah bagi rasa senang dah, tapi iPhone 6 tu adalah disponsor oleh U Mobile ya atas pengurusan Nuffnang MY. bukan beli guna duit yuyu sendiri.

hmm. pasal selalu pakai jubah mahal, tudung mahal. time yuyu susah dulu, yuyu selalu pakai baju/jubah yang dijahit sendiri oleh emak yuyu. emak yuyu tukang jahit baju di kampung okay. bila dah senang sikit sekarang, yuyu dah tak bagi emak jahit lagi, hatta, yuyu sendiri belikan emak baju, dan sekarang, yuyu di sponsor lagi:

setiap bulan, 4jubah, 4shawl/tudung selama setahun oleh : Radiusite, & Dreemika by Radiusite
dan kebanyakkan jubah yuyu adalah disponsor oleh : Aysya Medina dan Aisara Designs and Collections, dan selalu juga disponsor voucher untuk shopping di ZALORA , Zolace Malaysia dan banyakkk lagi. (maaf ya kalau lupa)

dan selalunya, setiap bulan, akan ada gift, sponsor, atau apa apa lah, diberi oleh butik online.
jangan cakap yuyu selalu beli barang mahai okay. walaupun sekarang, syukur lah dengan keadaan yuyu, yuyu jenis agak berkira nak keluarkan duit dalam harga yang tinggi. sebab yuyu agak kedekut. hatta, yuyu guna phone yang sama dari 2013 (Samsung s3mni), bila November 2015 baru dapat iPhone6 tu.

segala gadget yuyu di sponsor oleh Lenovo United States direct dari US, untuk global digital influencer ( YOUInpired), seperti LenovoVibeX2, Yoga Tablet 2, Laptop Yoga Pro3. Ada satu lagi laptop dari HP Malaysia, pun disponsor atas pengurusan Nuffnang Sdn Bhd
selebihnya, gadget, yuyu tak beli. haaa. apa lagi hampa nak tau?
yuyu agak kedekut lah bab nak membeli ni.

cuma, apa yang yuyu nak tekankan, pasal status tu, ia bermaksud perkara yang dah berlaku. yuyu pernah susah (yuyu tak compare dengan hidup orang lain), dan sekarang, Alhamdulillah, walaupun tak la senang mana, tapi yuyu senang bagi diri yuyu (pun tak compare dengan orang lain). Allah bagi sikit-sikit rezeki.

sekarang ni, yuyu buat product kesihatan sendiri (DARAYU), dan tu juga lah antara sumber pendapatan kami suami isteri. dan kami kongsi juga dengan dropshippers & agents Darayu.
haa. patah jari weh taip panjang-panjang. hampa tak baca juga, taktau laa. haha.
apa yang hampa fitnah, yuyu anggap hampa taktau dari akar umbi, yuyu maaf. dan yuyu minta maaf, kalau selama ni hampa tak jelas, yang membuatkan hampa buat kenyataan jauh dari realiti. kosong-kosong naa :*
okay lah. babai. lapaq!
p/s : terpaksa cerita a sampai z supaya semuanya jelas. jelas dak?

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Panas

loading...
Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini

Popular

Random Entri

... ...

Arkib

item