Tips Menarik!

loading...

"Sebenarnya Saya Dirogol Dan Saya Melahirkan Anaknya" Masha Allah kesiannya! Baru Darjah 5 Tapi Dah Melahirkan Anak Lelaki! Lihat Wajah Anaknya


BAHAU - Susulan kes seorang gadis berusia 11 tahun yang melahirkan bayi lelaki, polis kini sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai telah mer0golnya.

Menurut pihak polis, nenek kepada gadis itu membawanya ke klinik swasta telah mangsa mengadu sakit perut yang luar biasa semalam.

Namun, wanita itu terkejut apabila dia dimaklumkan oleh doktor bahawa cucunya itu mengalami sakit nak bersalin.

Mangsa yang berusia 11 tahun itu selamat melahirkan bayi lelaki dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Keluarga gadis itu telah membuat laporan polis dan berharap pelakunya dapat ditangkap segera.

Siasatan pihak polis mendapat, suspek yang berusia 30 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau. 

Mangsa pula ketika ditanya, dia tidak berani memberitahu kejadian yang menimpa dirinya itu pada keluarganya.

Murid tahun lima itu juga hairan kerana sejak dua tiga hari kebelakangan ini, dia kerap ‘diserang’ sakit perut secara tiba-tiba.

Semasa bangun pagi hari ini, keadaannya tidak beransur pulih malah menjadi lebih teruk.

Tidak tahan dengan ‘kesakitan’ yang dialaminya, dia kemudian memaklumkan kepada ibu, nenek dan bapa saudaranya, sebelum dihantar ke klinik berdekatan.

Sebaik sahaja tiba di sebuah klinik swasta, doktor yang memeriksanya terperanjat apabila mendapati budak perempuan itu rupa-rupanya mengandung dan sudah cukup bulan.

Dengan bantuan doktor tersebut, seorang bayi lelaki dilahirkan secara normal kira-kira pukul 10.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias berkata, semasa tiba di klinik kira-kira pukul 9.15 pagi, doktor yang merawat mengesahkan budak perempuan itu mengandung dan mengalami sakit perut kerana mahu melahirkan anak.

“Doktor memberitahu budak itu terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia sebenarnya hamil. Budak perempuan itu nyata tidak tahu mengenai kehamilan sebelum ini.

“Doktor kemudian menghubungi ambulans dari Hospital Jempol untuk membawa mangsa ke hospital namun dia bersalin kira-kira pukul 10.15 pagi di klinik tersebut sebelum ambulans sampai,” ujarnya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati budak perempuan itu masih bersekolah dan tinggal bersama ibu bapanya di pekan Bahau.

Hamzah berkata, bapa saudara mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bahau kira-kira pukul 11 pagi.

“Budak perempuan bersama bayinya kemudian dihantar ke Hospital Jempol tetapi dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Panas

loading...
Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini

Popular

Random Entri

... ...

Arkib

item