Tips Menarik!

loading...

Kenapa Mereka Boleh Gembira Berhari Raya Tapi Saya Harus Beraya Tanpa Orang Yg Saya Sayangi.. Kuatkanlah Semangatku . . .

Melaka: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah apabila motosikal ditunggang kedua-dua mangsa bertembung di Jalan TTC 32, Taman Teknologi Cheng berhampiran Pusat Servis Toyota, di sini, kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Tragedi petang raya itu cukup menyayat hati apabila diberitahu mangsa yang maut, Muhammad Rafizi Ossaman @Othman, 25, yang bekerja dengan syarikat SWM Environment Sdn Bhd (SWM) enggan bercuti pada hari raya Aidilfitri kali ini, seolah-olah memberi petanda dia akan pergi.
Penyelia tempat mangsa bekerja Mohd Haider Abu Bakar, 32, berkata, arwah menolak cadangannya supaya mengambil cuti perayaan kali ini sebaliknya mahu bekerja.
"Esok dia (arwah) dijadual bekerja syif malam bersama saya. Saya tidak menyangka tindakan arwah untuk tidak mahu bercuti hari raya tahun ini berakhir begini," kata Mohd Haider.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila Muhammad Rafizi yang menunggang motosikal Suzuki Best bertembung dengan motosikal Yamaha LC ditunggang pekerja pasaraya Giant Nurul Shafiqah Mohd Nordin, 19.
"Mangsa yang maut dipercayai mahu pulang ke rumahnya di Gangsa, Durian Tunggal, manakala wanita yang cedera parah pula mahu pulang ke Taman Krubong Jaya, di sini.
"Bagaimanapun tiada saksi yang dapat mengesahkan bagaimana kejadian itu berlaku," kata sumber.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis mengesahkan kejadian itu berkata, gadis yang mengalami cedera parah kini dirawat di Hospital Melaka manakala mayat Muhammad Rafizi dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.
"Kedua-dua motosikal ditahan di balai sebelum dihantar ke Puspakom dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Panas

loading...
Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini

Popular

Random Entri

... ...

Arkib

item