##

#SERING digosipkan dengan artis wanita, kini Zizan Razak dikaitkan pula dengan Ummi Nazeera lantas pelakon ini tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi di antara mereka.

#“Saya dengan Ummi bergelar tunang.. hanya dalam Angin Cinta dan tidak lebih daripada itu.  Itu sahaja.

#“Masa mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok. Mungkin kerana tidak biasa.

#“Kami berusaha mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, tetapi timbul pula gosip-gosip seperti itu. Saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini.

#“Pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke hingga boleh timbul gosip-gosip seperti ini? Salahkah saya berkawan dengan artis wanita?” kata  Zizan kepada Mangga Online.

#Selain Ummi, sebelum ini Zizan pernah menjadi perhatian berikutan kisah cintanya dengan Juliana Evans dan Emma Maembong.

#Tambahnya, dia tidak kisah dengan gosip berkenaan namun kadang-kala ada gosip yang membuatkan namanya tercalar.