Seorang remaja berusia 19 tahun maut setelah digilis kereta api dipercayai ketika cuba melintas landasan berdekatan Kampung Megat Dewa, dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.41 petang itu melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang dalam perjalanan dari Arau, Perlis ke Jitra.

Ketua Polis daerah, Superintenden Abd. Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa Mohd. Afendy Yaziz dari Kampung Megat Dewa melintas landasan berkenaan sebelum dilanggar tren terbabit.

Mangsa dipercayai mel0mpat pagar landasan kereta api untuk pergi ke kedai runcit yang terletak berdekatan kawasan itu. 

Mayat mangsa ditemukan berkecai sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat. Tambah Abd. Rahim, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

Dalam pada itu kakak kepada mangsa meluahkan rasa sedih dan terkilan apa yang tersebar dimedia sosial mengenai arwah adiknya yang mana banyak benda negetif difikirkan oleh pelayar media sosial terhadap arwah adiknya.

Adik beliau merupakan bekas pelajar pondok semasa kejadian beliau baru lepas menunaikan solat asar mengikut nya lagi Air sembahayang pun tidak terbatal lagi semasa kejadian, dia hanya mampu pasarah dan redha apa yang berlaku Allah lebih sayangkan adik nya.- Al fatihah. VIRAL N0W.