Tips Menarik!

loading...

Sayu.. Selepas Mendapat Tahu Saharul Ridzwan Akan Berkahwin Akhirnya Mia Ahmad Terpaksa Pecah Lubang Hubungan Antara Mereka Berdua! Luahan Hati Ini Dibuat Secara Terbuka.. Semoga Bahagia..

Kerana penangan hebat diantara pelakon, Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan didalam drama Hati Perempuan sebelum ini, ramai peminat mengaitkan mereka mempunyai hubungan cinta. Namun apabila Saharul mendedahkan beliau bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini, segala dakwaan membabitkan mereka terbukti salah.

“Saya gembira apabila mendapat tahu bahawa dia akan berkahwin. Perempuan yang menjadi pilihannya adalah bukan saya, tetapi saya turut tumpang gembira. Namun saya tidak terkejut dengan berita itu. Ini kerana itu adalah bukti bahawa gosip yang mengaitkan kami bercinta selama ini adalah tidak benar”

“Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri,” katanya kepada Berita Harian Online apabila ditanyakan mengenai berita gembira yang disampaikan Saharul mengenai dirinya yang bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini.
Sementara itu, apabila mengulas mengenai gosip hubungan cintanya bersama pemain bola sepak JDT, Mia berkata bahawa orang ramai terlalu pantas membuat kesimpulan apabila terlihat kami keluar bersama. Namun begitu beliau akui bahawa dirinya senang sekali berkawan dengan jejaka bernama Izham Tarmizi itu.

Terdahulu, Mia pernah dikaitkan bercinta bersama Saharul Ridzwan gara-gara promosi yang hebat untuk drama Hati Perempuan suatu ketika dahulu. Namun kedua-dua pihak menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa mereka hanya berkawan baik tanpa ada hubungan istimewa seperti yang diharapkan peminat mereka.
 

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Panas

loading...
Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini

Popular

Random Entri

... ...

Arkib

item